Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

kawan2 chat???
mcm mn hari ni???

sempena Maulidur Rasul ini..marilah kita sama2 memperingati Nabi Muhammad S.A.W sebagai pejuang islam yang agong dan sentiasa memberi peringatan kepada umatnya..
banyakan bersalawat..
ha..tapi bukan untuk hari ni jew tau..wat la untuk selamanya..


ha..balik kepada peringkat nafsu semalam
jadi hari ni saya akan berkongsi untuk semua peirngkat nafsu...
lepas ni bleh la rakan2 kenalpasti nafsu rakan-rakan pada peringkat mana

1) Ammarah
nafsu jenis ini adlah jenis nafsu yang paling teruk, jahat dan hina
apabila manusia berada pada tahap nafsu ini..mereka akan berbangga sekiranya mereka melakukan maksiat dan kejahatn malah mereka akan mengajak orang lain untuk melakukannya..
mereka ini tidak suka akan kebakaikan..
kalau ada program kebaikan, mereka tidak akan mengikutinya serta tidak suka kalau ada orang yang menegur perbuatan mereka..
nafsu pada peringkat ini juga adalah orang yang selalu melagalagakan orang
dengan kata lain batu api la..
susah untuk mereka ini merasa bersalah atas perbuatan mereka

2) Lawwamah..
tadi nafsu yang palaing jahat la..
tapi nafsu peringkat ini mereka suka akan kebaikan..tapi mereka sering menyesali kesalahan dan dosa yang mereka lakukan dan akan mencela diri mereka..
tapi ketika berbuat dosa mereka akan menikmati dosa yang mereka lakukan dan akan mula sedar kesalahan mereka selepas melakukan dosa tersebut..
memang mereka suka lakukan kebaikan dan ketaatan tapi sering timbul rasa riyak, bangga dalam diri mereka ketika mereka melakukan kebaikan.
mereka ini juga 'perasan' dengan kebaikan yang dilakukan. dan merasa baik disisi Allah
nafsu peringkat ini tidak berbangga dengan dosa yang dilakukan malah mereka akan menyesal serta bertaubat selepas melakukan  dosa tersebut
baiknya nafsu peringkat ini, mereka mudah ditegur dan hati mereka akan cair dengan tazkirah serta ceramah-ceramah motivasi..
tapi mereka juga mudah tergoda dengan maksiat jadi walaupon sudah bertaubat tapi mereka mungkin akan mengulangi dosa yang mereka lakukan...

seterusnya nafsu peringkat 3) mulmalah
mereka sudah diilhamkan kebaikan kepada mereka
mereka mampu meninggalkan tahap nafsu lawwamah mereka akan berusaha melakukan kebaikan dan tidak lagi mencari ruang dan dosa..
mencari jalan membaiki diri dan menutup peluang dari terjebak dengan maksiat
tetapi mereka tetap perlu berhati-hati kerana nafsu ini belum stabil

4) Mutmainnah
nafsu ini akan diperoleh kepada orang yang mujahadan iaitu melawan nafsu serta istiqamah
hatinya sudah tenang kerana cik nafsu telah dijinakkan
mereka suka melakukan kebaikan  dan indah meninggalkan maksiat
semua nikmat dan dugaan yang Allah berikan akn dihadapi dengan tenang dan redha..
inilah peringkat nafsu yang dimiliki oleh para salafus-soleh..

hhmmm..macam mana kawan2..dah tahu peringkat nafsu masing2..
jadi marilah kita sama2 mujahadah melawan nafsu supaya hai, diri dan iman tidah dijajah oleh nafsu dan syaitan..
sama lah kita berusaha..
sampai cini sahajalah ek maklumat untuk kita kongsi..
jumpa lagi..
assalammualaikum..

3 comments:

  1. alhamdulillah
    bgus Azwa.sy sukakannye~
    ssgghnye sy mnusia jahil
    thnx brkgsi ilmu^^

    ReplyDelete